Tuesday, February 24, 2009

.: Gunung Stong :.


Huhu... spt yg aku janjikan... Td blk jer dr test ingat nk terus meng updet blog ni tp terlelap lah plak.. Al-maklumlah penat mendaki Gunung pon masih lom hilang lg. Siyes weh.. otot2 aku ni semua mmg terkejut giler mane x nya, sebulan sekali muka aku ni nk g jogging pon susah tup2 terus jer g daki Gunung.. mahu x terkejut semua otot2 nih. Hehe.. Pas2 blk jer terus ade test ATH plak.. mmg lah lg penat. Tp penat otak lak.. huhu tu pasal blk test aku terus jer terjah katil. hehe.. Ngantuk sgt beb.. so mlm baru lah segar sikit utk stoly moly pasal pendakian ku ke Gunung Stong. Huhu.. Ni sikit information about Gunung Stong. Gunung ni terletak kat Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong ni gak mempunyai ketinggian 1433 meter dan kat situ gak ade air terjun. Air Terjun Jelawang namanya. Tingginya 305 meter dan merupakan ke 5 dalam senarai 10 tempat air terjun yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia dan dikatakan air terjun ni gak merupakan salah satu tertinggi di Asia. Huhu..


Ok lah citernya cmni.. camne aku leh lak terlibat utk g mendaki ni kan.. Ok, Kami g sbb ni merupakan class trip. So mmg wajib lah utk pergi. Every sem mmg kena wat trip ke mane2 jer asalkan bersesuaian dgn subjek kami. So my lec lah yg suggest kat kitaorg utk g sane.. Masa mula2 ramai gak x setuju tp last2 setuju gak sbb lec mmg nk sgt g sane. So rela dlm paksa aku g gak. Pas2 bile aku bg tahu kat ayah n emak nk kena g mendaki dorg agak bising n risau tp last2 dorg restu gak.. Tunang aku pon bising2. Aku tahu dorg semua risau tp nk buat cmne mmg kena g n lg satu ni pon mmg pengalaman pertama aku g mendaki. So, boleh lah aku katakan sbg ok jer. Tp kalo ade yg ajak lg g mendaki.. Aku x mahuuuuuuuu....


Apa yg aku leh katakan proses pendakian mmg benar2 menguji fizikal dan mental aku. Hanya semangat dan kesabaran jer yg tinggal utk sampai ke kemuncak sbb tenaga mmg dah O. Pendakian kami mkn masa 4-5 jam. Semasa mendaki aku mmg fikir positif jer.. mmg aku saje buat target n bayangkan emak, ayah, family n tunang aku ade kat atas n aku nk g kat dorg tu jer yg buat aku rasa nk gak sampai puncak. Dan lg satu aku cube menganggap ini sbg satu cabaran utk aku hadapi sbg salah satu persediaan dlm berumahtangga walaupun jauh beza cabarannya tetapi mungkin boleh digunapakai bg proses melatih ketahanan mental aku sendiri. Akhirnya Alhamdullillah.. sampai gak aku kat puncak. Pemandangan mmg cantik sgt.. Kami pon mmg kena berkhemah kat atas tu.. Waktu mlm Allah jer lah yg tahu betapa sejuknya keadaan kat atas tu.. Time nk mandi lak mmg mandi kat sg jer.. Air dia... fuhhh sejuk sgt2.. Mcm nk beku dah rasa.. Tp syukur sgt sbb selama kat sane mmg tiada ape2 perkara yg tidak diingini berlaku.. syukur sgt.. dan kami pon dah selamat blk.. hehe.. Ok lah ni ade beberapa pica yg aku ambik mase kat sane so korg layaaaaannnnnnn~

Ni masa mula2 nk mendaki..
Antara flora yg ade.. 


Air Terjun Jelawang.. very beautiful design by Allah..

Berhenti rehat sekejap..


Sunrise.. Pemandangan waktu pagi di puncak Gunung.. Sungguh menenangkan.


Saturday, February 14, 2009

.: Engagement :.

Followers